Thursday, July 5, 2012

Percayalah Padaku

Hari ini aku rasakan seolah-olah aku kehilangan sesuatu yang amat berharga ..
Mengapa sebenarnya kau diam beribu batu ??
Adakah aku telah tersilap langkah dalan mengungkapkan kata-kataku ??
Sebenarnya siapa aku di dihatimu ??
Apakah sebenarnya yang tersirat jauh di sudut hatimu itu ?
Dan mengapa kau tinggalkan aku dengan seribu persoalan yang belum terungkai dan mempunyai jawapan ?
Apakah sebenarnya yang ingin kau katakan ??
Dan andainya kau tahu apa yang ingin aku katakan …
Adakah semuanya akan berakhir sampai di sini ?
Ingin aku katakan ,
Aku tidak mahu hal ini merenggangkan hubungan persahabatan kita ..
Kerna bagiku,
Persahabatan itu adalah karung emas yang amat bermakna …
Setiap pertemuan kita berlaku dalam sekelip mata sahaja,
Namun tidak akan aku biarkan ..
Perpisahan itu berlaku dalam sekelip mata,
Malah tidak akan pernah wujud perkataan “PERPISAHAN “ dalam kamus hidupku antara
Kau dan aku …
Percayalah 


To : PUTERA ( SOMEONE )